
Majlis Perbandaran Klang
Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini, sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum. Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain. Sila buat catatan dengan click 'comments'.

Saya praktikum di Pejabat Perancang Bandar dan Desa dalam Majlis Perbandaran Klang (MPK). Terdapat beberapa unit dalam Pejabat Perancang Bandar, saya telah diberi jaduan untuk mangadakan dalam setiap unit untuk mempelajari.
ReplyDeleteUnit yang pertama Saya masuk adalah Unit Pentadbiran,hampir seminggu. Hampir selama seminggu saya berada di sana, buat catatan, merekodkan,taip,dan membaca sedikit bacaan tentang Rancangan Tempatan di dalam "mini library".
Unit yang kedua dan ketiga saya masuk ialah Unit Kawalan Pembangunan Klang Utara dan Klang Selatan, unit ini berfungsi untuk membuat Kebenaran Merancang(KM) yang menerima daripada "public". Selama 2 minggu di Kawalan Klang Utara dan 2 minggu di Kawalan Klang Selatan. Semasa berada dalam kedua-dua unit ini, Pejabat Perancang telah membuat seminar Kelestarian Pembanguan di Hotel Grand BlueWave, Shah Alam, maka saya juga terlibat dalam seminar ini, hantar borang penyertaan melalui "faks", telefon peserta untuk memastikan kahadiran dan lain-lain.
Seminar ini telah dijalankan dengan lancar pada 19-20th Julai, 2011. Mulai minggu depan(Isnin),saya akan bertukar ke unit lain.
ok, teruskan...
ReplyDeleteSalam sejahtera Encik, boss saya asyik tanya saya : "Bila you punya lecturer nak datang?"
ReplyDeleteSelepas Unit Kawalan, saya ditukar kepada Unit Kajian dan Projek. Unit Kajian dan Projek ini adalah melibatkan banyak projek yang berkaitan dengan pihak luar, alam sekitar, dan rakyat penduduk. Antaranya ialah Agenda 21, Murni Net, River Ranger, Kesedaran Pemulihan Dan Pengurusan Pantai (ICM), serta Kitar Semula.
Sebenarnya River Ranger, Kesedaran Pemulihan Dan Pengurusan Pantai (ICM), serta Kitar Semula diwujud adalah untuk mencapai tujuan Agenda 21. Saya mengadakan peluang untuk terlibat dalam Murni Net, mengadakan lawatan River Ranger di Kampung Pinang, Klang, serta membuat laporan dalam ICM. Laporan-laporan yang saya buat, saya akan memasuki di Laporan praktikum UUM saya sebagai Lampiran semasa hantar kepada Encik pada bulan depan.