Sunday, May 16, 2010

Chuah Lin Lin



Henry Butcher Malaysia (Johor) Sdn. Bhd.

Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini, sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum. Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain. Sila buat catatan dengan click 'comments'.

18 comments:

  1. selamat sejahtera en. yusof.
    saya sudah melapor diri di pejabat pada pagi tadi.
    majikan dan pengurus syarikat telahpun bertemu bual dengan saya. rakan sekerja di pejabat bersikap mesra dan baik-baik belaka.

    ReplyDelete
  2. ok...selamat berpraktikum...

    ReplyDelete
  3. hari ini, penilai membawa saya pergi menilai rumah teres setingkat yang akan dilelongkan.seterusnya, kami pergi menilai tapak tanah kosong yang akan dijual.saya menangkap kawasan-kawasan tapak bangunan dan tanah kosong untuk dikepilkan dalam laporan penilaian.agak menariknya menjalankan aktiviti penilaian.

    ReplyDelete
  4. saya menjalankan praktikum di Henry Butcher dengan lancar. saya dapat belajar banyak semasa saya bekerja. saya mula mempelajari membuat laporan penilaian, di samping itu penilai juga mengajar saya melukis pelan lantai atau pelan bangunan yang perlu dimasukkan dalam laporan penilaian.

    ReplyDelete
  5. pagi ini, penilai membawa saya membuat pemeriksaan ke Swan Garden hotel yang terletak di Bandar Seri Alam, Johor Bahru. hotel tersebut kelihatan agak baru dan cantiknya reka bentuk dalaman serta mempunyai sejarah setahun sahaja.sebelum itu, kami megambil dokumen-dokumen penting daripada kerani tuan hartanah seperti pelan bangunan, pelan tapak, surat hak milik dan sebagainya yang akan digunakan untuk menyediakan sebuah laporan peniaian yang sempurna. selain itu, mr lee juga mengambil gambar hotel dari bahagian dalam dan luar pada posisi yang betul.

    ReplyDelete
  6. ok, saya baru balik dari bercuti, teruskan..

    ReplyDelete
  7. semalam, penilai (mr lee) membawa saya pergi ke bank untuk menghantar laporan penilaian yang telah siap disediakan. selepas itu, kami membuat "inspection" di sebuah kedai tiga tingkat.tuan kedai telah menyewa kedai tersebut kepada orang lain untuk menjalankan perniagaan kecantikan.malangnya kedai tersebut tutup pada hari itu, kami tidak dapat membuat periksa dan melukis pelan bangunan. akhirnya, mr lee minta kebenaran daripada tuan kedai “nasmir" untuk meminjam kedainya untuk mengukur keluasan kawasan dan melukis pelan bangunan.

    ReplyDelete
  8. sir,tajuk laporan saya ialah "sistem maklumat geografi (GIS) dalam pengurusan maklumat harta tanah". Apa pendapat sir? sir, no hp saya dah tukar iaitu 0108253662

    ReplyDelete
  9. sir,colleagues saya memberi cadangan kepada saya untuk membuat tajuk "faktor-faktor mempengaruhi nilai pasaran harta tanah".pada pendapat sir, tajuk mana satu lebih baik?

    ReplyDelete
  10. sir, saya dah mula belajar membuat laporan penilaian yang perlu dihantar kepada pihak bank dan klien.laporan disediakan dalam dua @ tiga copy mengikut kehendak bank-bank yang berlainan.selain itu,rakan sekerja juga mengajar saya melukis pelan bangunan dengan merujuk lakaran yang dilakarkan semasa membuat lawat periksa di harta tanah tersebut.

    ReplyDelete
  11. minggu lepas, penilai membawa saya pergi ke Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)untuk membuat carian maklumat iaitu "info search" untuk mendapat maklumat tentang sesuatu harta tanah.kemudian kami pergi ke jabatan ukur dan pemetaan untuk membeli pelan-pelan bangunan yang dicetak dalam A0 dan A2 size supaya boleh melihat pelan itu dengan jelas.

    ReplyDelete
  12. saya semakin sibuk minggu ini kerana sebelum ini terdapat satu lagi practical student menjalankan practical di syarikat Henry Butcher dan dia baru habis practical pada bulan Julai. saya terpaksa pergi ke bank dan membuat lawat periksa ke harta tanah dengan penilai-penilai kerap kali.

    ReplyDelete
  13. pada hari jumaat yang lalu, rakan sekerja saya (salah seorang penilai) membawa saya pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)dan Jabatan Pejabat Daerah Dan Tanah Johor Bahru untuk membuat "title searh" tentang sebuah kes "land acquisition". kerja sebagai seorang penilai adalah tidak senang. Segala maklumat yang terkandung dalam laporan penilaian yang disediakan mesti tepat sekali dengan harta tanah yang dilawat periksa.

    ReplyDelete
  14. hari ini, saya membuat satu kes lelong tentang sebuah rumah teres setingkat.saya menyediakan draf laporan penilaian,melukis pelan tapak dan pelan bangunan. oleh sebab kes ini merupakan kes lelong, maka harga pasarannya agak rendah iaitu rm80,000. laporan kes bertujuan lelong dan kes bertujuan pinjaman mempunyai sedikit perbezaan, maka ia perlu disediakan dengan cermat dan disemak dengan teliti sebelum membuat cetakan dan menfailkan laporan itu.

    ReplyDelete
  15. sir, tajuk laporan prakikum mesti berkaitan dengan apa yang saya buat di syarikat? jika tidak berapa berkaitan,boleh tak? saya buat tajuk "sistem maklumat geografi (GIS) dalam pengurusan maklumat harta tanah".saya dah buat sampai bab 3.sebab saya takut nanti kena reject?

    ReplyDelete